In this week, we continue our learning on the cataloging topic. Summary regarding the LCC and DDC were being given by Mr. Abd Razak. We were being asked to pass up the critical writing with the topic
as stated below:
Kenapa DDC digunakan di perpustakaan sekolah rendah manakala
LCC digunakan di
perpustakaan university ?
Buku-buku di
perpustakaan dikelas dan dikatalogkan dengan tujuan untuk memudahkan pengguna
perpustakaan mencari dan menggunakan buku-buku secara mudah. Jika dalam keadaan
di mana jumlah buku adalah sikit, pengguna-pengguna buku boleh mencarinya terus
di perpustakaan. Tetapi, jika bilangan buku semakin bertambah banyak, jika
pengkelasan dan pengkatalogan buku tidak diadakan, ia akan menyusahkan pengguna
untuk mencari buku yang berkenaan. Perkhidmatan yang cekap dapat disediakan
kepada pengguna dengan adanya sistem pengelasan dan pengkatalogan ini.
Koleksi-koleksi di Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan
menggunakan dua sistem pengkelasan nombor buku iaitu: Library of Congress
Classification (LCC) yang menggunakan abjad A hingga Z; Dewey Decimal
Classification (DDC) yang bermula dengan angka 000 hingga 999.
Dari segi saiz, LCC adalah lebih besar dari segi kelas,
di mana kelasnya adalah lebih luas dengan subkategori yang lebih kecil.
Walaupun subkelas LCC adalah lebih kecil tetapi ia adalah lebih khusus. Dalam
sistem pengkelasan DDC, 10 kelas subjek telah dipecahkan kepada 10 bahagian
yang kemudiannya dipecahkan kepada 10 subdivisi.
Manakala dari segi struktur, LCC mempunyai kelas yang
terus berkembang dan dikemaskini secara bebas oleh pakar-pakar dalam bidang
yang berkaitan. Manakala DDC mempunyai prinsip-prinsip yang menyeluruh dengan
pembahagian perpuluhan dan catatan mnemonik dari segi struktur.
Dari indeks relatif, DDC dapat membawa
semua topik bersama-sama, manakala LCC tidak boleh membawa semua topik
bersama-sama. DDC boleh dibahagikan secara konsisten dengan menggunakan
kategori dan sub-klasifikasi manakala LCC tidak dibahagikan secara konsisten.
Kelebihan ini telah menyebabkan DDC digunakan secara meluas di perpustakaan
awam dan perpustakaan sekolah, manakala LCC digunakan di kolej dan universiti.
Sistem pengkelasan Dewey tidak dapat
membahagikan bahan-bahan bagi subjek-subjek baru. Kekangan lain ialah nombor
panggilan yang panjang dan sistem perpuluhan Dewey yang menyebabkan kerumitan
atau kesusahan dalam mengenalpasti sumber di perpustakaan. Bagi sistem
pengkelasan LCC pula, penciptaannya adalah berdasarkan perpustakaan tunggal dan
sistem surat-nombor pengenalan adalah susah.
Akhirnya, DDC adalah lebih sesuai untuk digunakan di
sekolah rendah, manakala LCC adalah lebih sesuai digunakan di perpustakaan
akademik universiti.
Bahan rujukan:
After that, he also asked us to do cataloging for the preparation of database. Below is the homework that had been done by me during the hands-on activity doing the cataloging in the thesis resource centre.
19)
005.133 Larry, Long
LAR Pengaturcaraan basic / Larry Long ; Penterjemah Subariah Ibrahim. - Skudai:
UTM, 1998.
xii, 164p. : ill. ; 25cm.
mengandungi indeks.
ISBN 983-52-0114-5
1. BASIC (Computer program language) I. Subariah Ibrahim
II. Judul
20)
302.545 A Razak Bin A Karim
ABD Isolasi (Pengasingan Diri) dalam kalangan pengetua sekolah menengah negeri
Johor / A Razak Bin A Karim .- Skudai : UTM, 2012. [Tesis tidak diterbitkan].
xvi, 119p. : ill. ; 30cm.
mengandungi bibilografi
Tesis Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran).
1. Alienation I. Judul
21)
Chen, Kean Fah.
Penglibatan dalam tuisyen swasta dalam kalangan pelajar sekolah SJKC daerah
Kulaijaya / Chen, Kean Fah - Skudai, Johor : UTM, 2012. [Tesis tidak diterbitkan].
xix, 128p. : ill. ; 30cm.
mengandungi bibliografi
Tesis Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran).
1. I. Judul